Berita Terkini

TIADA TERIMAAN/KUTIPAN WANG AWAM DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR DAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH SELURUH SELANGOR PADA 29 DISEMBER 2017 (JUMAAT) BAGI URUSAN PENUTUPAN AKUAN KERAJAAN UNTUK TAHUN 2017
Dimaklumkan bahawa kaunter kutipan/bayaran hasil tidak akan menerima/mengutip sebarang bayaran wang awam pada 29 Disember 2017 (Jumaat) berikutan urusan Penutupan Akaun Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2017 dan kaunter kutipan/bayaran hasil akan beroperasi seperti biasa pada 2 Januari 2018 (Selasa). Urusan yang tidak melibatkan terimaan dan kutipan wang awam masih boleh dilaksanakan seperti biasa pada tarikh 29 Disember 2017 tersebut. Sehubungan dengan itu, orang ramai dimohon agar merancang urusan berkaitan pembayaran hasil bagi mengelakkan ianya dibuat pada tarikh yang dimaklumkan.

Date: 05/12/2017 15:46:20     Link:      
Statistik
  • Pelawat Online :5
  • Pegawai Online :0
  • Jumlah Pelawat :2722849
  • Jumlah Pegawai : 660