Apakah itu "Cukai Tanah"?
Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai: i) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah. ii) Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan iii) Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14 Kanun Tanah Negara, 1965.

Bilakah cukai tanah bagi sesuatu tahun itu harus dibayar?
Mulai 1 Januari Hingga 31 Mei setiap tahun, dan selewat-lewatnya sebelum 1 hb Jun setiap tahun

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah." Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..." Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan ) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.

Mengapa Saya Perlu Membayar Cukai Tanah?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, TANPA PERLU MENUNGGU MAKLUMAN MELALUI BIL HASIL TANAH

Apa yang berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan?
Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah.Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut,maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.

Dimanakah saya boleh membayar cukai tanah?
1. Kaunter Hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor; 2. Kaunter Hasil Pejabat Tanah/ Daerah di Negeri Selangor; 3. Kaunter Hasil Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor (Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) dan bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai” sahaja. 4. Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai “ sahaja.

Bolehkan pembayaran dilakukan secara dalam talian atau “online”?
Boleh. Anda boleh melayari laman web http://www.selangor.gov.my/ bagi melakukan pembayaran secara dalam talian atau ‘online’. Bayaran juga boleh dibuat melalui perkhidmatan perbankan internet seperti: - CIMB - PosOnline - BIMB - MBF Cards - AmBank - HSBC - RHB - Maybank2u

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai?
Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat Tanah kepada semua pemilik tanah berdaftar mengikut alamat yang didaftarkan pada hakmilik. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah untuk memaklumkan alamat terkini tempat tinggal bagi memastikan bil hasil diterima.Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah di Selangor atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Selangor

Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap. 1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masin - masing di Pejabat Tanah / Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan. 2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah / Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap. PERINGATAN : Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atauHakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap)

Statistik
  • Pelawat Online :9
  • Pegawai Online :0
  • Jumlah Pelawat :2722842
  • Jumlah Pegawai : 660